Lau Shy Jiun D20102041863 EL-B11

Selamat Datang Ke Blog Saya @@

Hello, selamat datang ke blog saya. Ini adalah blog saya yang pertama. Ini akan menjadi tempat di mana saya berkongsi pandangan saya dan pengajaran saya dalam mata pegajaran Matematik. Saya merupakan orang baru di tapak baru ini. Oleh itu, sila bagi tunjuk ajar dan pandangan anda. Harap anda semua tidak akan teragak - agak untuk berkongsi perasaan anda dan memberi komen di sini.

Friday, 18 November 2011

Wang (Tahun 4)








Contoh RM 5 yang baru



contoh RM 50 yang baru




kertas wang Malaysia


Penentuan wang hingga RM 10 000
menyebut dan menulis sejumlah wang dalam ringgit dan sen.

1.RM 3 056.60=tiga ribu lima puluh enam ringgit dan enam puluh sen
2.RM 5 402.05=lima ribu empat ratus dua ringgit dan lima sen
3.RM 805.69=lapan ratus lima ringgit dan enam puluh sembilan sen
4.RM 793.00=tujuh ratus sembilan puluh tiga ringgit


Penambahan dan Penolakan melibatkan wang hingga RM 10 000




Pendaraban melibatkan wang hingga RM 100 000



Hari Kantin

Pada 11 November  2011 bersamaan hari Jumaat, SJK©Wah Lian  telah mengadakan Hari Kantin kali ke – 2 .Majlis ini berlangsung pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari.
            Tujuan Hari Kantin ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai kaedah perniagaan dan mengaplikasikan pembelajaran yang telah dipelajaridi dalam kelas dan mengumpul dana  .Dana tersebut untuk membeli buku - buku cerita yang baru. Buku - buku tersebut disumbangkan kepada pusat sumber sekolah.
            Tepat jam 8.00 pagi, semua peserta berkumpul di padang untuk menghias dan membuat persiapan khemah. Semua peserta menghias gerai mereka untuk menarik perhatian orang ramai.
            Selepas itu,guru besar dijemput untuk merasmikan Hari Kantin pada tahun ini. Seterusnya, acara berlangsung.Acara dimulai dengan acara jualan pakaian terpakai.Peserta memberi promosi sebanyak 50% dari harga biasa.
            Sambutan Hari Kntin tahun ini sangat meriah. Ramai pengunjung yang datang ke Hari Kantin tersebut. Terdapat 28 gerai telah disediakan oleh murid – murid. Kelas saya 5M dan 4M telah melibatkan diri pada Hari Kantin kali ini. Banyak barang telah dijual oleh mereka contohnya air ,nasi lemak, buah- buahan, sushi, nasi goring dan sebagainya. Akhirnya, jumlah wang yang dapat dikumpulkan pada  Hari Kantin ialah RM 3 800.
            Saya amat berharap agar tahun depan Hari Kantin lebih meriah dan lebih banyak gerai.





No comments:

Post a Comment