Lau Shy Jiun D20102041863 EL-B11

Selamat Datang Ke Blog Saya @@

Hello, selamat datang ke blog saya. Ini adalah blog saya yang pertama. Ini akan menjadi tempat di mana saya berkongsi pandangan saya dan pengajaran saya dalam mata pegajaran Matematik. Saya merupakan orang baru di tapak baru ini. Oleh itu, sila bagi tunjuk ajar dan pandangan anda. Harap anda semua tidak akan teragak - agak untuk berkongsi perasaan anda dan memberi komen di sini.

Thursday, 24 November 2011

Menulis Pecahan

Menulis pecahan
Pecahan biasa atau kasar biasanya ditulis dalam satu pasangan nombor, nombor di atas dikenali sebagai pengangka sementara yang di bawah dikenali sebagai penyebut. Lazimnya, satu garisan memisahkan keduanya. Jika garisan ini mencondong, ia digelar solidus atau slash, contoh 34. Jika garisannya melintang, ia digelar vinculum atau secara tidak rasmi, "palang pecahan", seperti : .
Tanda solidus boleh diabaikan dari gaya mencondong (cth. 34), yang mengurangkan ruang tetapi masih memberi makna dalam konteksnya, ia banyak digunakan dalam isyarat lalu lintas di beberapa negara.
Dalam paparan komputer dan tipografi, beberapa pecahan dinyatakan dalam satu angka. Antaranya:
  • ¼ (satu perempat)
  • ½ (satu perdua)
  • ¾ (tiga perempat)
  • ⅓ (satu pertiga)
  • ⅔ (dua pertiga)
  • ⅛ (satu perlapan)
  • ⅜ (tiga perlapan)
  • ⅝ (lima perlapan)
  • ⅞ (tujuh perlapan)

No comments:

Post a Comment