Lau Shy Jiun D20102041863 EL-B11

Selamat Datang Ke Blog Saya @@

Hello, selamat datang ke blog saya. Ini adalah blog saya yang pertama. Ini akan menjadi tempat di mana saya berkongsi pandangan saya dan pengajaran saya dalam mata pegajaran Matematik. Saya merupakan orang baru di tapak baru ini. Oleh itu, sila bagi tunjuk ajar dan pandangan anda. Harap anda semua tidak akan teragak - agak untuk berkongsi perasaan anda dan memberi komen di sini.

Friday, 25 November 2011

Bentuk pecahan

Bentuk pecahan
Pecahan biasa, pecahan wajar dan pecahan tak wajar
Pecahan kasar (atau pecahan biasa) ialah satu nombor nisbah yang ditulis dengan satu integer (pengangka) yang [[pembahagian]dibahagikan]] dengan satu integer bukan sifar (penyebut).
Satu pecahan kasar akan menjadi pecahan wajar apabila nilai mutlak pengangka adalah kurang dari nilai mutlak penyebut; yang menjadikan nilai mutlak keseluruhan pecahan kurang daripada 1. Pecahan kasar akan menjadi pecahan tak wajar apabila nilai mutlak pengangka adalah lebih besar atau sama dengan nilai mutlak penyebut (cth. 97)
Nombor bercampur 

Nombor bercampur ialah campuran nombor bulat dan pecahan wajar. Penambahan ini dinyatakan tanpa menggunakan tanda operasi seperti "+"; sebagai contoh, untuk merujuk 2 kek penuh dan 1 kek dengan tiga perempat bahagian, bahagian penuh dan bahagian pecahan itu ditulis bersebelahan. 2 + 3/4 =2  3⁄4
Nombor bercampur boleh ditukar menjadi pecahan tak wajar dalam tiga langkah:
  1. Darabkan nombor bulat dengan penyebut pecahan.
  2. Tambah pengangka pecahan pada hasil darab di atas.
  3. Hasil tambah langkah 2 adalah pengangka untuk pecahan (tak wajar) baru, dengan penyebut 'baru' nya kekal sama dengan penyebut untuk pecahan asal nombor bercampur.
Sebaliknya, pecahan tak wajar juga boleh ditukar menjadi nombor bercampur:
  1. Bahagikan pengangka dengan penyebut.
  2. Hasil bahagi (tanpa baki) menjadi nombor bulat manakala bakinya menjadi pengangka untuk pecahan.
  3. Penyebut baru untuk pecahannya adalah sama dengan pecahan tak wajar yang asal.
Pecahan setara
Dengan mendarab pengangka dan penyebut sesuatu pecahan dengan nombor yang sama (bukan sifar), hasil pecahan yang baru adalah setara dengan pecahan asal. Perkataan setara di sini bermaksud, kedua-dua pecahan memiliki nilai yang sama yang mengekalkan integriti yang sama - Perimbangan dan perkadaran yang sama

No comments:

Post a Comment